PELAKON Azar Azmi baru-baru ini berkongsi khabar duka mengenai pemergian seorang individu yang rapat dengannya digelarkan sebagai Abah.
Menurut pelakon drama Derita Untuk Bahagia itu, insan terbabit menghembuskan nafas terakhir disebabkan serangan jantung yang membawa kepada kemalangan.
Ketika serangan berlaku kenderaan pacuan empat roda dipandunya dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar tiang keselamatan di Plaza Tol Bentong, Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak, Selasa lalu.
Menyifatkan ajal Abah telah tiba, Azar menzahirkan terima kasih kepada pengguna lebuhraya yang membantu Allahyarham.
Salam takziah diucapkan kepada Azar dan keluarga arwah. Diva yakin Abah lelaki yang baik kerana berdasarkan perkongsian Azar, arwah sangat mengambil berat keadaan orang terdekat.
DIVA: Turut bersedih dengan pemergian ibu pelakon Puteri Aishah, baru-baru ini.
