BERKONGSI berita gembira menimang cahaya mata ketiga menerusi kaedah ibu tumpang pada 18 Januari lalu, penyanyi Meghan Trainor membuka ruang kecaman kepada segelintir netizen yang menganggapnya menolak hukum alam.
Penerima Anugerah Grammy itu bertegas pemilihan metod mendapatkan zuriat adalah sah memandangkan dia mempunyai masalah kesihatan.
Prosedur dijalani juga mengikut undang-undang, manakala wanita yang memberikan khidmat tersebut turut rela mengandungkan anaknya.
Kaedah ibu tumpang adalah antara satu cara indah untuk membangun sebuah keluarga. Ini bukan hal yang harus dihakimi sesiapa pun.
“Setiap perjalanan keluarga berbeza-beza tidak kira bagaimana atau pilihan dibuat,” katanya kepada media.
Trainor, 32, bersama suaminya, aktor Daryl Sabara sebelum ini memiliki dua orang anak, Riley, 4, dan Barry, 2 tahun. Anak ketiga mereka dinamakan Mikey Moon Trainor. – HIBGLAM
