HIDUP bagai fiesta tiada henti, berhibur di kelab dan minuman keras sudah menjadi kebiasaan, namun ada sesuatu yang menjauhkan penyanyi Charlie Puth denggan ‘dunia’ lamanya.
Mahu menjalani kehidupan seimbang, penggiat seni berusia 34 tahun itu mengakui rutin mengambil minuman beralkohol membuatkan fikirannya kurang tajam.
Kemuncak peralihan ke gaya hidup sihat berlaku selepas isterinya, Brooke Sansone disahkan hamil dan melahirkan cahaya mata pertama mereka.
Sekarang saya sudah tidak lagi ‘minum’. Semuanya tampak kabur selepas mabuk malah pernah sampai satu tahap selama dua hari saya lemah akibat alkohol,” katanya.
Pelantun lagu See You Again itu juga menyatakan kebimbangan andai berterusan menjalani kehidupan bebas ketika tanggungjawab seharusnya difokus terhadap keluarga.
Tidak pernah menyesali keputusannya atau berasa sunyi tanpa pesta, banyak masa Puth diisi rutin menyeronokkan bersama insan tersayang. – HIBGLAM
