Ansel Elgort sudah ada anak?

TIDAK pernah mengumumkan perkahwinan, pelakon filem The Goldfinch, Ansel Elgort dikhabarkan sudah menimang cahaya mata.

Aktor berusia 31 tahun itu dilihat menggendong bayi di samping seorang wanita dipercayai kekasihnya sejak zaman kolej, Valerina Violetta Komyshan.

Mereka berada di kereta api bawah tanah di New York sebelum bertemu pasangan pertengahan usia yang didakwa merupakan ibu bapa kekasihnya.

Gambar keluarga kecilnya tular, namun Elgort mahu pun wakil pengurusannya tidak memberikan sebarang maklum balas.

Sejak menceburi arena lakonan sekitar 2012, bintang filem Baby Driver itu antara selebriti yang terlalu berahsia tentang kehidupan peribadinya.

Malah hubungannya dengan penari balet profesional itu juga rakan sekolahnya di LaGuardia High School, New York City itu tidak pernah diulas walaupun ramai menyedari keintiman mereka. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok