5
SEKSI bukanlah kayu ukur jahat baik seseorang wanita. Percaya imej luaran atau penampilan sehari-harian bukan gambaran keseluruhan keperibadian seseorang wanita, pengacara Nadia Anuar menegaskan tidak semua individu seksi hidup secara tidak bermoral.
Ibarat jangan menilai buku daripada kulit, tambah Nadia atau nama lengkapnya Nadia Shahrul Annuar, 42, masih ramai individu yang berpakaian seksi namun menjalani kehidupan yang baik dan berpegang kepada nilai moral.
Orang seksi ini bukan semuanya jahat. Ramai saja yang seksi, tak minum arak, tidak berparti atau menyundal. Jadi, jangan tolonglah jangan terlalu cepat menghakimi.
“Masanya akan tiba. Percayalah, kita dinilai bukan hanya berdasarkan apa yang kita pakai atau tidak pakai,” katanya dalam Threads.
Dalam masa sama, kakak kepada pelakon Harris Anuar itu menyeru orang ramai agar mengamalkan sikap lebih empati dan menghormati antara satu sama lain.
“Marilah kita terus berbuat baik dan saling menghormati antara satu sama lain,” ujarnya.
Kenyataan tersebut dipercayai dimuat naik susulan kecaman segelintir pihak terhadap penampilan Nadia yang dianggap seksi.
Bagaimanapun, Nadia difahamkan sudah memadam hantaran berkenaan dalam Threads.
Sebelum ini, Nadia mengundang kejutan dan dikecam hebat selepas memuat naik sekeping foto tidak lagi memakai tudung pada hari kelahirannya yang ke-39.
Mengakui kesalahan sendiri, Nadia merayu agar perbuatan tersebut tidak dikaitkan dengan ibunya yang juga usahawan popular, Zaiton Hassan.
– HIBGLAM
