‘Kami nikah Disember lalu, terima kasih atas semua doa’

PELAKON Ben Amir melenyapkan tanda tanya ramai apabila mengesahkan sudah mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihan hatinya, Liana Alara pada Disember lalu.

Menurut Ben atau Muhammad Amir Sabaruddin, 37, dia berterima kasih atas doa yang dititipkan semua pihak kepadanya dan Liana.

“Alhamdulillah, dengan izin Allah kami telah disatukan pada Disember 2025.

“Dengan rendah hati saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas semua doa dan ucapan baik,” katanya dalam Instagram.

Menerusi hantaran sama Ben berkongsi foto hari bahagianya bersama Liana tanpa mendedahkan secara terperinci tarikh dan majlis pernikahannya.

Difahamkan, majlis pernikahan mereka berlangsung di Masjid Wilayah Persekutuan Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Sejak beberapa hari lalu, tular beberapa foto Ben dan Liana memakai busana serba putih sehingga mencetuskan tanda tanya sama ada mereka sudah bernikah.

Bagaimanapun, ketika dihubungi sebuah medis sebelum ini, Ben tidak memberi sebarang respons mengenai isu tersebut.

Terdahulu, Liana yang merupakan warganegara Filipina memeluk agama Islam di pejabat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Kuala Lumpur pada November lalu. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok