4
COMEL betul pelakon Ayda Jebat ketika sarat hamil anak ketiganya yang difahamkan sudah memasuki trimester ketiga.
Bakal menimang cahaya mata perempuan, isteri kepada pengacara Nabil Mahir itu mengakui hujung Januari 2026 merupakan detik dinantikan.
Begitupun, bukan hal tarikh kelahiran atau jantina si comel yang mahu Diva sentuh, sebaliknya mengenai tindakan segelintir individu kurang sensitif.
Diva pun kalau di tempat Ayda rasa tidak selesa bahagian perut dipegang individu tidak dikenali walaupun sesama jantina.
Bukan apa, boleh saja berkongsi rasa teruja, cuma tak perlu menerusi sentuhan. Cukup setakat bertanya keadaan ibu atau kandungan. Betul tak?
DIVA: Geram pula kita dengar si mulut longkang kutuk rakan seperjuangan sendiri
