Cintakan Johnny Depp? Jenna Ortega ‘geli’

BINTANG siri popular Wednesday, Jenna Ortega tertawa apabila timbul khabar angin mendakwa dia kini sedang menjalin hubungan asmara dengan aktor senior, Johnny Depp.

Khabar angin tersebut muncul selepas pelakon muda berusia 20 tahun itu bakal bergandingan dengan Depp menerusi filem Beetlejuice yang bakal ditayangkan pada tahun hadapan.

Menurut Ortega, dia terkejut, namun pada masa sama berasa lucu kerana menganggap gosip tersebut sebagai tidak masuk akal.

“Gosip ini sungguh melucukan. Saya sendiri tidak pernah berjumpa dengan Johnny Depp kerana masih belum menjalani penggambaran,” ujarnya kepada media Hollywood.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok