Sabah dan Sarawak itu Malaysia Borneo – Dayang Areeda

PELAKON Dayang Areeda baru-baru ini menyuarakan pandangan mengenai segelintir individu yang mempersoalkan identiti Malaysia Borneo iaitu Sabah dan Sarawak dalam Threads.

Menurut Areeda, dia pelik dengan segelintir individu yang terlupa tentang gabungan Sabah dan Sarawak adalah di kepulauan Borneo.

“Saya ada tengok video TikTok, seorang perempuan ditemu bual dan dia cakap berasal dari Malaysia Borneo.

Kemudian ada manusia lain komen cakap sejak bila Malaysia Borneo? Dia kenapa? 

“Bodoh juga yang komen ya, Sabah dan Sarawak itu apa?” katanya.

Bila sudah kongsi perkara sebegitu, memang ramai yang lontarkan pandangan sama dan Areeda sekali lagi memberitahu dia juga mempunyai pengalaman rakan sekolah yang menyangka Sabah dan Sarawak adalah negara berbeza.

“Dulu pun saya kena begini ketika baru berpindah ke Kuala Lumpur.

“Budak-budak di sekolah saya ingat Sabah dan Sarawak itu luar negara, kelakar,” jelasnya.

Macam-macam hal ya, sudah masuk tahun 2026 pun isu Sabah dan Sarawak masih jadi isu. 

DIVA: Siapa agaknya bintang Gegar Vaganza ke-12 yang akan melangkah ke final minggu depan?

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok