Kongsi foto piza Jofliam, netizen nak boikot Wany Hasrita

GARA-GARA berkongsi foto piza milik usahawan kontroversi Jofliam dalam Instagram, penyanyi Wany Hasrita dikecam hebat netizen.

Wany atau nama sebenarnya Nurshazwany Hasrita Hasbullah, 33, berkongsi momen mendapat piza pemberian Jofliam itu ketika mereka sama-sama berada di sebuah acara menjual barang terpakai.

“Sekali seumur hidup merasa,” tulis Wany dalam InstaStory.

Minat Wany Hasrita sebelum ini sebab aku suka perwatakan dan lagu-lagu dia. Tapi maaf cakap, lepas ini tidak lagi. Bukan masalah teringin ke apa. Kamu tahu apa yang terjadi.

“Ini bukan tentang urusan peribadi adalah urusan peribadi, tetapi tentang empati dan sifat perikemanuniasaan. ‘Unfollow’ (nyah ikut) dan tiada lagi sokongan,” tulis netizen dalam Threads.

Disebalik kecaman yang dilemparkan kepada Wany, ada juga yang mempertahankan penyanyi itu dan meminta agar netizen tidak taksub dengan Cik Epal.

“Apa bodohnya di subuh hari ini aku baca netizen kecam Wany Hasrita sebab dia makan piza Jofliam. Bukannya dia makan babi.

“Tolong jangan kacau Wany. Dia baik. Lantak dia la nak makan apa pun, asalkan halal. Kau orang taksub dengan artis sampai ke liang lahad kau orang punya pasal. Jangan babitkan artis yang tiada kontroversi,” komen netizen yang mempertahankan Wany.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok