Ikut petua, Syafiq gosok perut isteri

KETERUJAAN peminat kini nampaknya berganda-ganda apabila spekulasi mendakwa pelakon, Mimi Lana sudah berbadan dua semakin bertiup kencang.

Telahan tersebut tersebar selepas suami Mimi juga aktor, Syafiq Kyle dilihat bergambar sambil tangan menyentuh perut isterinya itu.

Mata netizen memang tajam tapi mungkin juga pada waktu itu Syafiq tak sengaja atau memang begitu perangainya. Lagi pun, bintang Blood Brothers: Bara Naga itu dah buat pengakuan belum ada berita gembira buat masa ini.

Malah akui Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-34 (FFM34), dia sekadar menggosok perut isteri. Ikut petua orang lama katanya.

Terpaksa Diva selak atau tanya nenek kat kampung makna di sebalik petua yang Syafiq kongsikan itu.

DIVA: Kata lelaki penyayang, tapi anak sakit pun lambat nak jenguk.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok