KECANTIKAN dimiliki Zahnita Wilson tidak perlu dipertikai, memang lawa sejak awal kemunculannya dalam dunia peragaan dan seni.
Dia sekali lagi menjadi perhatian netizen apabila tampil jelita dengan sentuhan jurusolek terkenal, Datuk Alha Alfa.
Memang lawa betul Diva tengok, tak macam usia 40 tahun!
Zahnita sendiri sebak dan menangis melihat hasil solekan Alha.
“Terima kasih Datuk sebab transformasi ini, saya lihat dia (dirinya yang dulu) masih di situ,” katanya.
Ramai berpendapat solekan tersebut membuatkan Zahnita kelihatan seperti anak dara, langsung tak nampak macam ibu kepada empat anak.
“Macam Zahnita zaman muda, zaman filem Kuliah Cinta.
“Cantiknya, mesti dia rindu dirinya yang dulu, semoga yang baik-baik untuk Zahnita,” komen netizen. – HIBGLAM
