‘Dua dua okey’ – Respons Nora bikin ramai ‘melting’

GOSIP cinta antara Nora Danish dengan jejaka dikenali sebagai Mickey Ayo bukan lagi rahsia.

Meski sehingga kini Nora mahu pun Mickey tidak memberi sebarang pengesahan, ramai melihat hubungan mereka cenderung lebih daripada seorang kawan.

Saling berbalas komen, memberi reaksi dan memuat naik foto bersama dalam hantaran media sosial masing-masing. Itu yang Diva perasan ‘aktiviti’ mereka berdua mutakhir ini.

Mungkin masih dalam fasa mengenal hati budi, jadi tak mahu terlalu menonjol.

Paling mencuri perhatian Diva apabila Nora meninggalkan komen penampilan Mickey okey sahaja sama ada berkacamata atau tidak.

Komen tersebut ditinggalkan Nora selepas Mickey, 35, memuat naik video menyanyikan lagu Kacamata milik Afgan sambil menanggalkan kaca matanya.

“Dua-dua okey,” kata Nora ringkas sebelum dihujani komen netizen yang merestui sekiranya mereka benar-benar bercinta.

Kalau hubungan ini benar-benar jadi realiti, semoga kekal ke syurga ya Nora dan Mickey, ramai sudah beri restu dan jangan tunggu lama-lama.

DIVA: Ada yang mula naik menyampah dengan konten TikTok Datuk Red?

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok