‘Ini sangat comel’ – Yazmin terharu kekasih abadi wajah atas seluar dalam

PENYANYI Yazmin Aziz terharu apabila kekasihnya Simon Joseph Javier mengabadikan wajahnya pada seluar dalam sempena sambutan ‘monthsary’ perkenalan mereka.

Dalam video yang dimuat naik kekasihnya dalam Instagram, lelaki itu membawa sejambak bunga sebagai kejutan pertama.

Selepas itu dia dilihat melondehkan seluarnya untuk menunjukkan kejutan kedua iaitu seluar dalam yang memaparkan wajah Yazmin di atasnya.

Itu gila! Wajah saya ada di tengah-tengah. Saya cinta awak,” ungkap Yazmin selepas menerima kejutan daripada kekasihnya.

Selain seluar dalam, simon turut menghadiahkan banyak kejutan lagi kejutan seperti baju, selimut, bantal dan baju tidur yang memaparkan wajah mereka sebagai tanda cintanya kepada Yazmin.

Ini sangat comel,” komen Yazmin yang teruja melihat satu persatu kejutan yang diberikan kepadanya.

Disebabkan terlalu teruja, bekas peserta Big Stage 4 itu dilihat cuba menanggalkan seluar kekasihnya untuk melihat seluar dalam yang dipakai sekali lagi.

Saya tidak pernah dapat benda seperti ini sepanjang hidup saya. Saya tidak pernah melihat wajah saya berada di atas banyak benda,” katanya.

Hubungan Yazmin atau nama sebenarnya Yazmin Aldwin Abdul Aziz, 24 dan Joseph yang berasal dari Filipina mendapat perhatian ramai kerana kedua-dua mereka merupakan pempengaruh media sosial di negara masing-masing. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok