Salah tetap salah, kembalikan rotan – Nadzmi Adhwa

TERPANGGIL Terpanggil mengulas kes jenayah di sekolah yang semakin membimbangkan, pelakon Nadzmi Adhwa menyarankan agar hukuman merotan diperkasakan sebagai antara kaedah mendisiplinkan pelajar diaplikasikan semula.

Nadzmi atau nama sebenarnya Nadzmi Adhwa Nor Adzmi, 32, berkata, pendekatan tegas yang pernah digunakan suatu ketika dahulu itu dapat membentuk generasi lebih berdisiplin dan menghormati guru.

“Mak ayah saya cikgu yang dah pencen. Zaman kita dulu kalau cikgu marah, mak ayah akan tambah kat rumah, bukan ‘backup’ anak.

Kalau salah, itu tetap salah! Siapa sahaja yang tak pernah kena rotan, tarik rambut tepi telinga atau dicubit?

“Itu yang buat kita jadi manusia berguna di masa depan. Kembalikan rotan,” katanya dalam hantaran di platform Threads.

Difahamkan suami kepada pelakon Ardell Aryana menyuarakan pandangan tersebut susulan beberapa kes jenayah mengejutkan membabitkan pelajar sekolah baru-baru ini.

Antaranya adalah insiden rogol yang didakwa dilakukan pelajar tingkatan lima di sebuah sekolah di Melaka, selain kes tikam hingga membawa maut di Petaling Jaya, semalam.

Pandangan Nadzmi itu meraih sokongan netizen apabila rata-rata senada dengannya melihatkan senario yang mengakibatkan negara gempar dan mencetuskan kebimbangan masyarakat. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok