‘Amira sentiasa dahulukan saya, dia sangat istimewa’

PELAKON Fattah Amin meluahkan rasa syukur dikurniakan isteri penyayang yang bukan sahaja cantik di mata, lembut hati malah sentiasa mendahulukan suami dalam setiap perkara.

Ujar Fattah atau nama penuhnya Abdul Fattah Mohd Amin, 35, isterinya Amira Othman memiliki keperibadian menenangkan yang disifatkan bukan sekadar pelengkap hidup tetapi anugerah terindah dalam rumah tangganya.

“Amira sentiasa utamakan suami. Itu antara perkara yang buat saya rasa sangat istimewa tentang dia.

“Apa jua keputusan, dia akan dahulukan saya, tanya pendapat, minta izin, dan ambil tahu apa yang saya suka.

“Itu buat saya rasa dia sangat istimewa, dia isteri syurga,” katanya dalam TikTok.

Perkongsian pelakon drama Hero Seorang Cinderella itu tular di media sosial dan mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan warganet yang rata-ratanya tersentuh dengan pengakuan ikhlas tersebut.

“Sejuk hati dengar Fattah cakap macam tu. Nampak betapa dia menghargai isterinya,” komen seorang pengguna media sosial.

“Baru nampak seri Fattah sejak berkahwin dengan Amira. Semoga pasangan ni kekal bahagia dunia akhirat,” tulis seorang lagi netizen.

“Dengar cara Fattah cerita pun dah tahu Amira tu wanita lembut, penuh hormat kepada suami,” ujar seorang peminat

Untuk rekod, pasangan sama cantik sama padan itu selamat disatukan dalam majlis pernikahan di sebuah resort di Sepang pada 14 September lalu.

Seminggu kemudian, mereka diraikan dalam majlis resepsi bertemakan tradisional di Pusat Konvensyen Antarabangsa (Persada) Johor. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok