BUKAN menunggang isu semasa, pelakon Datin Intan Najuwa akan mengadakan majlis solat hajat sebagai usaha memohon segala urusan delegasi Global Sumud Flotilla (GSF) dipermudahkan.
Menurut Intan, 28, dia sudah bersedia dengan segala tanggapan negatif masyarakat mengenai hasrat itu selain menegaskan perkara tersebut adalah salah satu sumbangannya untuk delegasi Malaysia yang berlayar di perairan antarabangsa menuju ke Gaza, Palestin ketika ini.
“Orang mungkin akan menghakimi saya jika berkongsi perkara ini.
Namun, saya ingin jelaskan bahawa saya bukan ‘fomo’ (fear of missing out) atau mengharapkan pengiktirafan sesiapa.
“Saya kongsikan kerana hati saya benar-benar tergerak untuk melakukannya,” katanya dalam platform Threads hari ini.
Katanya, majlis solat hajat yang akan diadakan pada malam ini itu akan disertai anak-anak Tahfiz.
Dia juga berharap aktivis yang ditahan tanpa sah oleh rejim zionis sentiasa dalam keadaan selamat.
‘Kami menunaikan
“Malam ini, saya bersama suami dan anak-anak tahfiz yang kami kasihi akan menunaikan solat hajat khusus untuk sukarelawan Global Sumud Flotilla.
Insya-Allah, kami akan teruskan setiap malam selagi Allah mengurniakan kekuatan kepada kami.
“Semoga doa-doa kita yang bersatu ini diangkat dan harap mereka yang telah diculik zionis berada di bawah lindungan dan jagaan Allah Yang Maha Penyayang,” ujarnya.
Difahamkan, Intan turut berjaga tengah malam tadi bagi mengikuti perkembangan terkini pelayaran delegasi GSF yang ketika ini berada di zon merah. – HIBGLAM