‘PMX lantang menentang genosid, saya bangga’ 

PENGACARA Uyaina Arshad bangga dengan kelantangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai kekejaman zionis terhadap rakyat Palestin ketika ini.

Perkara tersebut disuarakan Uyaina atau nama penuhnya Saidatul Naseha Uyaina Arshad, 32, selepas melihat segelintir pihak mempertikai usaha kerajaan bagi menangani isu Palestin terutama berkaitan misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF).

“Rakyat Malaysia, tolonglah tolak tepi perbezaan politik kalian.

PMX adalah ‘patrons’ (penaung) untuk Sumud Flotilla dan mengecam tindakan Israel di peringkat global bersama pemimpin dunia lain.

“Bukan setakat di kedai kopi. Sekurang-kurangnya bangga tahu Perdana Menteri, kerajaan dan negara saya berdiri teguh menentang genosid,” katanya dalam platform Threads.

Katanya, kelantangan PMX harus dipuji kerana berbeza dengan pendirian pemimpin negara lain.

Namun lucu, ada pula sesetengah rakyat yang mempertikai dan kata maca-macam.

“Kalau tengok kenyataan pemimpin negara lain, boleh mengucap panjang tau,” ujarnya.

Hari ini, Perdana Menteri dalam satu kenyataan mengecam sekeras-kerasnya tindakan Israel memintas kapal delegasi GSF yang dalam perjalanan menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza.

Anwar juga dijangka membuat panggilan dengan rakan sejawatnya dari Turki, Mesir dan Arab Saudi bagi membincangkan tindakan lanjut susulan penahanan sukarelawan misi kemanusiaan GSF.

Setakat ini 12 rakyat Malaysia termasuk Zizi Kirana, Heliza Helmi dan Hazwani Helmi yang menyertai misi kemanusiaan GSF dilaporkan ditahan secara tidak sah tentera Israel selepas kapal yang mereka naiki dipintas di perairan antarabangsa, awal pagi tadi. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok