Nicole Kidman, Keith Urban bercerai

HAMPIR dua dekad mendirikan rumah tangga, pasangan selebriti Hollywood Nicole Kidman dan Keith Urban dilaporkan berpisah selepas tidak sebumbung selama beberapa bulan.

Begitupun, sumber terdekat mendedahkan Kidman sebenarnya berusaha keras mempertahankan perkahwinan mereka, namun akhirnya terpaksa akur dengan keadaan.

“Nicole tidak mahukan perpisahan ini terjadi membuatkannya masih cuba untuk mempertahankan perkahwinan mereka.

Namun, jarak dan kesibukan jadual kerja masing-masing memberi tekanan besar terhadap hubungan tersebut,” katanya.

Sehingga kini, tiada sebarang pengesahan rasmi mengenai proses perceraian yang dikatakan sudah difailkan kedua-dua pihak.

Menurut laporan media aktres berusia 58 tahun itu dan suaminya juga penyanyi country popular, Urban, 57, mula tinggal berasingan pada musim panas lalu.

Pasangan terbabit mendirikan rumah tangga pada Jun 2006 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata perempuan, Sunday Rose, 17, dan Faith Margaret, 14.

Selain itu, Kidman juga mempunyai dua anak angkat daripada perkahwinan terdahulu bersama aktor Tom Cruise iaitu Isabella, 32, dan Connor, 30. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok