Diserang influenza sehingga muntah teruk, pelakon Mawar Rashid kini menerima rawatan di sebuah hospital.
Akibat keadaan tersebut, Mawar atau nama lengkapnya Wan Mawar Shaputri Wan Rashid, 29, tidak mampu makan atau minum sebelum doktor memasukkan drip air (IV) serta memberikan ubat tahan muntah.
“Diserang Influenza. Saya mengalami muntah yang teruk sehingga tidak mampu makan atau minum.
“Kini sedang menerima IV dan ubat tahan muntah, alhamdulillah keadaan semakin baik,” katanya dalam InstaStory.
Dalam masa sama, pelakon filem Jangan Pandang Belakang 2: Aku Tahu Asal Usulmu itu turut memaklumkan bahawa anak-anaknya juga mengalami demam tetapi dalam keadaaan terkawal.
Anak-anak di rumah juga demam, namun syukur mereka masih boleh makan dan minum serta perlahan-lahan semakin pulih,” tuturnya.
Mawar turut menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang mengambil berat dan menasihati agar orang ramai menjaga kesihatan diri.
Terima kasih banyak kepada semua yang telah menghantar doa dan ucapan. Maaf kerana tidak dapat membalas satu persatu.
“Jaga diri dan kekal selamat semua,” katanya lagi.
Untuk rekod, Mawar mendirikan rumah tangga dengan Raf pada November 2017 dan mengumumkan perpisahan mereka menerusi Instagram pada 23 November lalu.
Hasil perkahwinan, pasangan terbabit dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Raden Muhammad, 5, Raden Seri Rosabella Cinta, 3, dan Raden Seri Riyanna Sayang, 2. – HIBGLAM