Maaf, nanti saya buat sidang media – Beego

MAAF, ‘no comment’. Nanti saya buat sidang media.”

Itu maklum balas ringkas pelakon Beego ketika dihubungi media berkaitan dakwaan sebagai artis lelaki yang ligat berhibur di kelab malam ketika kes rumah tangga masih berlangsung di mahkamah syariah.

Beego atau Mohamad Aszerul Nizam Abdullah, 45, juga terus mematikan panggilan sebelum sempat soalan susulan diajukan.

Sejak semalam kecoh di media sosial mengenai artikel berkaitan kelakuan seorang selebriti yang dirakam pemerhati apabila didakwa ligat berhibur di sebuah pusat hiburan.

Lebih panas, menerusi ruangan komen di media sosial nama Beego dipetik sebagai antara individu dimaksudkan memandangkan kes permohonan perceraian diajukan isterinya, Linda Hashim masih dibicarakan di mahkamah.

Aktres terbabit pula ketika ditemui media enggan memberi komen lanjut, sebaliknya hanya mendoakan yang terbaik buat Beego.

Terdahulu, Linda yang dikurniakan tiga cahaya mata hasil perkahwinan dengan lelaki itu memfailkan pernohonan cerai pada awal Januari lalu dengan alasan mereka tiada persefahaman. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok