Hebat! Siti Nurhaliza dalam buku teks sekolah Filipina

BIDUANITA Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza kekal mengukuhkan statusnya sebagai ikon muzik Asia apabila kisah hidupnya dipaparkan dalam buku teks sekolah di Filipina.

Perkara tersebut mula disedari selepas seorang individu yang dipercayai rakyat Filipina meninggalkan komen dalam TikTok pemilik nama lengkap Siti Nurhaliza Tarudin.

Individu berkenaan mahukan pengesahan sama ada penyanyi berusia 46 tahun itu adalah tokoh seni yang dipaparkan dalam buku teks sekolahnya.

“Adakah awak orang ada dalam buku teks gred sembilan di Filipina?

Saya nampak awak semasa masih di gred sembilan. Saya ada buku subjek bahasa Filipina.

“Dalam satu halaman ada cerita mengenai diri awak,” kata individu terbabit.

Tidak memberikan jawapan secara langsung, Siti bagaimanapun hanya membalas komen tersebut dengan simbol hati merah.

Sementara itu, ada individu lain yang tampil menunjukkan sebuah foto berkaitan halaman muka surat buku sekolah tersebut sekali gus mengesahkan perkara tersebut.

Ramai yang sangat bangga dengan pencapaian tersebut sekali gus menganggap pengiktirafan terbabit sebagai penghormatan besar buat pelantun lagu Menamakanmu Cinta itu.

“Wow! Permaisuri (Siti) kami berada dalam buku teks di Filipina,” kata peminat.

Hargailah Biduanita Negara kita selagi ada. Dia tetap legenda untuk seni suara Tanah Air kita,” ujar pengikut.

“Hebat betul level Biduanita Negara. Mana-mana artis lama dan baru dalam Malaysia tak akan dapat sentuh level Siti, terlalu jauh untuk dicapai,” jelas peminat lain. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok