PELAKON Datin Intan Najuwa tampil menyelar tindakan segelintir netizen yang tidak habis-habis mencari kesalahannya, seolah-olah kewujudannya mengganggu hidup orang lain.
Ujar Intan atau nama sebenarnya Intan Najuwa Abdul Wahid, 27, dia tidak faham mengapa masih wujud kelompok gemar mencari kekurangan orang lain sedangkan hal itu langsung tidak mendatangkan manfaat dalam kehidupan mereka.
Nak edit muka jadi bujur ke, segi tiga ke, macam alien ke, pakai filter 10 inci sekali pun, itu hak masing-masing. Janji kita tak ganggu hidup orang lain.
“Gigih siap ada yang sanggup ‘zoom’, cari satu-satu kekurangan. Kalian memang betul-betul tak ada kerja dalam hidup,” katanya menerusi hantaran dalam Threads.
Tambah pelakon drama Kekasih Paksa Rela itu, setiap orang mahu kelihatan cantik dalam gambar kerana itu adalah kenangan yang akan kekal selamanya.
“Gambar kita, dia pulak yang tersakiti lebih
Semua orang mahu kelihatan baik dalam foto kerana detik itu akan kekal menjadi memori,” ujarnya.
Luahan Intan itu pantas mengundang reaksi netizen dengan rata-ratanya bersetuju bahawa kecaman keterlaluan wajar dihentikan.
“Sudahlah, hidup masing-masing. Kalau dia nak guna filter pun, bukan kita yang tanggung dosa dia,” balas seorang peminat.
Bayangkan ada orang sibuk cari salah Datin tapi Datin tetap steady boleh beli apa sahaja tanpa melihat tanda harga. Yang sibuk mencari salah orang tu, mungkin golongan B40 yang tiada kerja dalam hidup,” kata seorang pengguna media sosial.
“Selagi Intan bahagia dan tak menyusahkan sesiapa, biarlah dia dengan kehidupannya. Kita tumpang gembira,” komen seorang lagi netizen.
Ini bukanlah kali pertama ibu satu anak itu berdepan dengan serangan kecaman.
Sebelum ini, ada sahaja pihak cuba mempertikai gaya hidup mewah serta tingkah lakunya. – HIBGLAM