Beego tak hadir mahkamah, Linda sedia ke proses hakam

TIDAK hadir ke mahkamah bagi sesi laporan majlis jawatan kuasa pendamai (JKP), kes penceraian Beego dan Linda Hashim dijangka akan dibawa ke proses hakam.

Menurut peguam yang mewakili Beego, Muhammad Akmal Amzan, anak guamnya tidak hadir ke mahkamah kerana tidak sihat.

Beego hubungi saya pagi tadi beritahu dia tak dapat hari ini kerana tidak sihat dan kedengaran suara dia serak-serak basah. Mungkin kerana batuk dan selsema,” katanya ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.

Ditanya adakah kes ini akan berlarutan, kata Akmal anak guamnya masih berharap dapat selesaikan masalah ini dengan cara baik.

Kalau dapat selesai cara damai kita cuba. Kalau tidak, kita cuba cara persetujuan bersama. Kalau ikutkan Beego belum bersedia untuk bercerai,” jelasnya.

Sementara itu, isteri Beego, Linda mengharapkan agar proses di mahkamah pada hari ini dapat diselesaikan secara baik.

Pada masa sama, Linda berkata, sebolehnya dia enggan kes ini dibawa ke hakam.

Bagaimanapun, jika perlu sampai ke hakam, kita akan akur sahaja dan lakukan proses ini sehinggalah selesai,”katanya.

Pada 23 April lalu, Linda atau nama sebenarnya Norhazlinda Hashim, 41, dan Beego selesai melakukan proses JKP berhubung kes perceraian mereka.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 30 Jun sebagai tarikh mendengar laporan JKP sebelum ditunda ke hari ini.

Terdahulu, Linda memfailkan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, awal Januari lalu atas alasan sudah tiada persefahaman.

Untuk rekod, Linda dan Beego atau nama sebenarnya Mohamad Aszerul Nizam Abdullah, 45, mendirikan rumah tangga pada Jun 2013.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan tiga cahaya mata, Jelita Clarissa, 11, Anggun Cassandra, 10, dan Indah Camelia, 6. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok