Kuat bersenam, Atikah Suhaime ‘reward’ diri barang kemas

SEBAGAI suntikan semangat, pelakon Datin Atikah Suhaime menghadiahkan dirinya dengan barang kemas.

Atikah atau nama lengkapnya Nur Atikah Mohd. Suhaime, 34, memaklumkan perkara tersebut dilakukan bagi memberi motivasi agar rajin melakukan senaman.

“Beri ganjaran kepada diri sendiri dengan gelang dan subang telinga baharu.

“Setiap kali senaman kuat, saya beli emas.

“Jadi nanti saya bukan hanya kurus tapi ‘bling-bling’ (bersinar),” katanya dalam InstaStory.

Dalam masa sama, Atikah turut mendedahkan dirinya semakin gemar mengumpul barang kemas.

“Saya dah jadi mak cik-mak cik dah. Obses dengan barang kemas pula,” selorohnya.

Sebelum ini, Atikah melantik dua jurulatih peribadi untuk membantunya menurunkan berat badan selepas bersalin.

Pada Mac lalu, pelakon asal Singapura itu selamat melahirkan seorang anak perempuan yang dinamakan Lyla Mulan Teh.

Atikah berkahwin dengan ahli perniagaan, Datuk Lokman Teh pada Januari 2024. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok