Toksik, Gwyneth Paltrow jauhi Madonna

DUA bintang sensasi, Gwyneth Paltrow dan Madonna pernah bersahabat baik, namun keakraban mereka musnah disebabkan sikap penyanyi terbabit.

Dalam buku biografi Gwyneth: The Biography tulisan Amy Odell, persahabatan dua bintang itu putus selepas Madonna ‘menyerbu’ pulau yang menjadi lokasi percutian Gwyneth dan suaminya ketika itu, Chris Martin.

“Madonna sedia maklum Paltrow menghabiskan masa romantis bersama suaminya tetapi tetap muncul secara tiba-tiba tanpa diundang,” dedah sumber.

Penyanyi berusia 66 tahun itu kemudian menganjurkan majlis makan malam yang turut dihadiri Paltrow dan Martin, namun berlaku situasi tegang selepas Madonna memarahi anaknya, Lourdess di hadapan para tetamu yang lain.

Melihat perlakuan toksik rakannya itu, Paltrow mengambil keputusan menjauhi wanita berkenaan.

Kedua-dua mereka tidak pernah memberikan maklum balas berhubung spekulasi yang bertebaran.

Terdahulu, Paltrow pernah mendedahkan Madonna merupakan sahabat yang banyak membantunya melalui waktu sukar ketika mengalami depresi selepas melahirkan anak. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok