“Nak cantik macam Ezzanie, persis wanita Brazil pun ada”

SELEPAS drama Dia Bukan Syurga meledak, nama Ezzanie Jasny juga turut terkena tempias dan semakin dikenali ramai.

Walaupun baru berada dalam industri, bakat lakonannya meraih pujian ramai sehingga ada yang cakap dia antara pelapis heroin drama tempatan.

Diva sendiri tak nafikan perkara tersebut sebab lakonannya sangat bagus dan tidak nampak ‘kayu’ depan kamera seperti pelakon baharu lain. Memang beza!

Bukan sahaja lakonan, ramai juga memuji kejelitaan Ezzanie yang dikatakan seperti wanita negara Latin! Bukan main melambung pujian yang diberikan kepadanya terutama selepas dia memuat naik video dalam TikTok baru-baru ini.

Dia ini antara pelakon muka Melayu yang cantik dan tak puas memandang. 

“Nak cantik macam Ezzanie, macam wanita Brazil pun ada juga,” puji peminatnya.

Namun, satu benda yang Diva harap agar Ezzanie tak mudah terleka dengan populariti dikecapi hari ini. Senang cakap jangan sombong dan terus berpijak di bumi nyata.

DIVA: Makin popular anak sulung Datuk Seri Aliff Syukri, Ammar Ahyan!



Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok