SELEPAS bikin penonton sakit jiwa dengan pelbagai naskhah curang dan air mata, slot Akasia TV3 kini kecoh drama Selamat Pengantin Haru lakonan Janna Nick dan suami tercinta, Dini Schatzmann.
Melakonkan watak suami isteri, Amelie dan Bazlee dalam drama tersebut, gandingan itu membuatkan penonton tidak kering gusi kerana dikatakan mereka bawa perangai sebenar dalam drama.
“Sakit perut tengok lakonan Janna dengan Dinni. Macam bukan berlakon tetapi jadi diri sendiri!
Ini baru betul haru, tahniah sebab gandingkan mereka. Dini ‘power’ cakap dialek utara!” puji netizen.
Selamat Pengantin Haru arahan Kyoll Hamzah itu mengisahkan Amelie berkahwin dengan Bazlee yang datang dari kampung dan sangat akrab dengan keluarganya.
Namun, impian untuk menjalani kehidupan bahagia sebagai pasangan suami isteri tidak semudah disangka, banyak dugaan perlu dihadapi mereka sehingga mencetuskan pelbagai momen lucu!
Antara yang turut membintangi drama 13 episod itu ialah Malia Baby, Dato Tamimi Siregar dan Serina Redzuawan.