‘Perpisahan ini hanya sementara, kita bertemu di akhirat kelak’

SEMPENA bulan kelahiran dua cucu tersayang, ibu kepada penyanyi Aliff Aziz, Siti Hafiza meluahkan kerinduan serta kasih sayang yang tidak pernah luntur meski sudah lama terpisah

Menerusi hantaran Instagram, Hafiza turut berharap agar dapat dipertemukan semula dengan cucunya, Ayden Adrean dan Ara Adreana di akhirat kelak.

“Walaupun berjauhan, kasih sayang dan cinta kami tidak akan pernah pudar. Cucunda berdua adalah penyambung zuriat kami, masya-Allah.

Perpisahan di dunia ini hanyalah sementara. Insya-Allah, dengan izin Allah, kita akan dipertemukan semula di akhirat kelak.

“Bahagialah selalu, sayang kami berdua dan ketahuilah kami akan menyayangi kalian hingga ke akhir hayat, sampai ke syurga,” tulisnya penuh emosi.

Dalam pada itu, Siti Hafiza turut mendoakan agar kedua-dua cucunya membesar dengan sihat dan menjadi anak yang membanggakan keluarga.

“Nota cinta untuk cucu tersayang, Ayden Adrean dan Ara Adreana. Bulan ini adalah bulan kelahiran buat cucunda berdua.

Masya-Allah, bertambah lagi setahun usia Ayden dan Ara. Umi Wan dan Tok Ayah sentiasa mendoakan agar cucunda berdua membesar dengan sihat dan bahagia.

“Semoga menjadi anak-anak yang soleh dan solehah serta sentiasa menjadi penyejuk mata keluarga,” kongsinya lagi.

Sebelum ini, pasangan selebriti Bella Astillah dan Aliff Aziz bercerai talak satu pada 13 Jun tahun lalu selepas lapan tahun mendirikan rumah tangga.

Selepas penceraian tersebut, Aliff bersetuju memberikan hak penjagaan penuh ke atas dua anak mereka, Ayden Adrean, 8, dan Ara Adreana, 5, kepada Bella. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok