PELAKON sinetron, Dimas Anggara, 37, membuat permohonan maaf kepada Kiesha Alvaro, 21, yang merupakan anak kepada penyanyi Pasha Ungu selepas menampar aktor itu.
Kejadian tersebut berlaku sewaktu mereka sama-sama terlibat dalam penggambaran sebuah sinetron. Selain menampar, Dimas juga dikatakan telah menendang Kiesha.
Berang dengan kejadian itu, bapa Kiesha iaitu Pasha telah memuat naik status dalam akaun media sosialnya dan menyatakan hasrat mahu bertemu Dimas kerana telah menampar anaknya.
Tuan Dimas Anggara suaminya Nadinelist pelakon sinetron atau filem atau apa sahajalah. Tolong cari saya sekarang ya. Katanya kamu menampar anak saya Kiesha di lokasi penggambaran.
“Saya minta pihak produksi menjelaskan dan bertanggungjawab atas kejadian kekerasan yang terjadi pada anak saya. Lokasi penggambaran seharusnnya aman dari sebarang kejadian kekerasan terhadap para pelakon,” tulisnya dalam hantaran yang dimuat naik dalam Instagram.
Selepas perkara itu menjadi viral, Dimas telah tampil membuat permohonan maaf menerusi sebuah video yang dimuat naik dalam akaun media sosialnya.
Saya ingin memohon maaf kepada Keisha dan kedua orang tuanya atas apa yang terjadi. Alhamdulillah Keisha dan keluarganya telah menerima permohonan maaf saya. Semoga kejadian ini tidak berulang lagi pada masa hadapan,” katanya.
Dimas dan Keisha juga dilihat bersalaman dan saling berpelukan dalam video tersebut.
Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen dilihat kesal dengan kejadian yang berlaku. Malah ada yang mendakwa aktor itu sering mabuk di set penggambaran.
Malah Dimas juga dikatakan pernah terbabit dengan kes polis pada 2018 selepas memukul seorang lelaki gara-gara bergaduh.
Terdahulu hantaran Pasha Ungu dalam akaun media sosialnya menarik perhatian ramai selepas dia mencari Dimas Anggara yang dikatakan telah menampar anak sulungnya di set penggambaran. – HIBGLAM