DALAM dunia K-pop yang penuh glamor, siapa sangka di sebalik senyuman seorang bintang tersimpan 1,001 rahsia.
Hakikatnya, beberapa selebriti terpaksa bergelut dengan masalah alahan pelik sama ada terhadap makanan, persekitaran atau barangan harian.
Namun, itu bukan kekangan untuk mereka meneruskan rutin sebagai bintang pujaan ramai. Meski berdepan kesukanan akibat alahan kronik itu, mereka tetap gagahkan juga melalui aktiviti harian seperti insan lain.
Kali ini, HibGlam menyenaraikan beberapa bintang Kimchi yang mempunyai alahan teruk tetapi tidak diketahui umum.
Jin BTS
JIKA anda merupakan peminat kumpulan BTS, pasti mengetahui kemahiran memasak ahlinya, Jin yang sangat mengagumkan.
Dia sering menunjukkan skil memasak dalam program realiti seperti BTS Run BTS selain rajin menyajikan hidangan untuk ahli kumpulannya terutama ketika ulang tahun pertama mereka pada 2014.
Namun, pada 2021, Jin mendedahkan ada alahan terhadap bawang putih dan kentang seluruh badannya gatal.
Selepas kejadian itu, pemilik nama asal Kim Seok-jin itu terpaksa menghentikan hobi memasak.
Difahamkan, alahannya terhadap bawah putih tidak seteruk kentang dan masih boleh menikmati beberapa hidangan mengandungi sedikit bawang putih seperti Kimchi.
Jihyo Twice
BUAH-BUAHAN merupakan makanan sihat yang harus diamalkan dalam diet pemakanan seharian.
Namun, siapa sangka penyanyi kumpulan Twice, Jihyo alah terhadap nanas.
Pemilik nama lengkap Park Ji-hyo itu pernah memberitahu seorang peminat dalam sesi perjumpaan tekaknya akan berasa gatal sekiranya makan nanas.
Keadaan itu benar-benar membuatkan dirinya berasa tidak selesa dan mengelak sajian yang mengandungi nanas.
Min-hyun Nu’est
PENYANYI kumpulan Nu’est, Min-hyun mengalamai alahan teruk terhadap habuk bahkan lebih pelik, dia juga berdepan reaksi alergi terhadap garam.
Perkara tersebut mula diketahui melalui video muzik kumpulannya berjudul Overcome apabila mereka perlu menyanyi dalam keadaan seakan diseliputi salji.
Dalam satu temu bual, pemilik nama lengkap Hwang Min-hyun itu memberitahu salji yang digunakan dalam video muzik tersebut diperbuat daripada garam.
Ketika itulah penyanyi berusia 30 tahun itu baru menyedari dirinya mengalami reaksi alahan terhadap garam tetapi tidak diperincikan situasi dilalui itu.
Jeno NCT
JIKA anda peminat NCT, mungkin anda tahu bahawa ahlinya, Jeno sangat menyayangi kucing. Malah, dia juga mempunyai tiga anak kucing yang comel.
Bagaimanapun, tahukah anda dia sebenarnya ada alahan terhadap kucing?
Jeno atau nama lengkapnya Lee Jo-no akan menggunakan pelitup muka ketika bermain dengan kucing kesayangannya. – HIBGLAM