KEMUNCULAN Bruno Major di pentas konsert jelajah, Tour of Planet Earth selepas kali terakhir bertandang ke Malaysia lima tahun lalu meledakkan sorakan lebih 1,500 pencinta setianya.
Bukan sahaja hampir memecahkan gegendang telingat penulis, tanpa putus, teriakan fanatik peminat tempoh hari seakan-akan mahu meruntuhkan pentas Zepp Kuala Lumpu (KL), Ahad lalu.
Buka sahaja mulut, lantunan melodi indah The Show Must Go On seperti mentera pengubat, Zepp KL yang awalnya riuh-rendah tiba-tiba seperti terkesima tanpa suara.
Masing-masing mula bergoyang dan menari sambil menikmati kelunakan suara penyanyi dan komposer berusia 35 tahun itu.
Ringkas mengenakan persalinan jaket dengan corak ‘checkers’ hitam putih, Major tidak menunggu lama daripada meneruskan persembahan dengan lagu berjudul Like Someone In Love dan Fair-Weather Friend.
“Saya juga sayangkan anda,” jawab Major saat membalas jeritan salah seorang peminat yang melaungkan lafaz cinta ke arahnya seusai menyampaikan lagu ketiga.
Tanpa rasa lelah walaupun baru sahaja menghiburkan peminatnya di Jakarta, Indonesia pada malam sebelumnya, Major tetap bersemangat mengalunkan mantera cintanya buat peminat di Kuala Lumpur.
Baca artikel penuh menerusi akhbar Kosmo! atau layari https://kosmo.com.my.