PELIK, namun tindakan pelakon Sydney Sweeney menghasilkan sabun menggunakan sisa air mandiannya adalah kerana mendapat banyak permintaan.
Pengumuman dilakukan pelakon Anyone But You itu mencetuskan perdebatan kerana ramai tidak mempercayai ada individu sanggup menggunakan sabun tersebut.
Begitupun, Sweeney bersama syarikat pengusaha produk penjagaan diri, Dr. Squatch bakal tampil dengan sabun mandian di bawah jenama Bathwater Bliss.
Dilaporkan, perincian kandungan barangan edisi terhad itu mengandungi hasil mandian aktres terbabit selain bahan alami.
Menggabungkan dua tempat terbaik di dunia, alam bebas dan bak mandian Sydney Sweeney,” tulis keterangan produk.
Pelakon berusia 27 tahun itu berkata, idea menghasilkan busa mandian unik itu tercetus selepas ramai penggemar tegarnya meminta barangan peribadinya termasuk air mandiannya.
“Ketika peminat mula meminta air mandi, kamu boleh memilih sama ada mengabaikannya atau mengubahnya menjadi sabun Dr. Squatch.
“Idea ini memang aneh, tapi dalam cara yang paling menyenangkan. Saya teruja kerana berhasil menciptakan sesuatu yang bukan hanya unik, bahkan benar-benar wangi untuk pengguna,” ujarnya.