BIARPUN filem Charlie’s Angels: Full Throttle sudah melepasi hampir dua dekad tayangan, momen ketika penggambaran filem aksi itu masih diingati pelakonnya, Demi Moore.
Aktres yang sudah mencecah umur 62 tahun itu berkata awalnya dia terkejut secara tiba-tiba dia diminta berbikini dalam satu babak.
Akui ibu tiga anak itu, awalnya dia skeptikal kerana kurang selesa menunjukkan bahagian punggung kepada penonton.
Katanya, bukan tidak pernah memakai pakaian renang di layar perak cuma ketika itu umur sudah mencecah angka 40-an, sekali gus kurang selesa bergaya daring.
Saya cuma ingat ada meminta pengarah dan jurukamera tidak merakam bahagian punggung sebab berasa kurang selesa.
“Hakikatnya saya tidak punya masa untuk memikirkan penampilan. Jadi lebih baik jangan fokus bahagian tersebut,” ujarnya.
Menurut Moore lagi, dia terima tawaran membintangi filem ikonik itu selepas meraih sokongan anak-anaknya.
Saya pernah berehat seketika hanya untuk bersama mereka dan kembali ke set atas dorongan anak-anak,” katanya.
Menerusi perkahwinan dengan bekas suaminya juga pelakon Bruce Willis, mereka dikurniakan Rumer, 36, Tallulah, 33, dan Scout Willis, 31. – HIBGLAM