Jaga privasi, Zendaya, Holland ‘sorok’ gaun pengantin

AKTOR Tom Holland pernah mengakui belum terfikir mahu melangsungkan perkahwinan dengan tunangnya, Zendaya tahun ini atas faktor kesibukan kerjaya.

Namun sumber terdekat pasangan terbabit mendakwa mereka sudah memperincikan hari bahagia termasuk menyiapkan gaun pengantin.

Difahamkan, kedua-dua mereka yang sangat menjaga privasi tidak akan memenuhi permintaan mana-mana pihak untuk merakamkan momen praperkahwinan.

Wakil Zendaya juga penata gayanya, Law Roach berkata, pihaknya tidak boleh mengesahkan tarikh perkahwinan termasuk enggan mendedahkan gaun pengantin kepada umum.

“Sejujurnya, gaun pengantin itu mungkin tak akan dilihat sesiapa pun kerana Zendaya dan Tom sangat tertutup dan berusaha menjaga privasi sebaik mungkin.

Tidak akan ada sesi fotografi eksklusif untuk Vogue, tidak akan ada gambar perkahwinan dan jemputan juga pastinya mereka yang menghormati tuan rumah.

“Gaun Zendaya juga pasti akan sangat cantik, tapi bukan untuk tatapan umum,” ulasnya.

Terdahulu, pasangan yang dipertemukan sewaktu terbabit dalam filem Spiderman pada 2021 bertunang tiga tahun kemudian.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok