Apa dia cakap adalah fitnah, sila tunjuk bukti – Zahnita

FAKTA itu dia dapat daripada mana saya nak tahu, tunjuk bukti.”

Demikian kata bekas model Zahnita Wilson ketika ditanya mengenai dakwaan bekas rakan perniagaannya dikenali Neysahz atau Nur Hanisah yang menyatakan perkongsian Zahnita mengenai masalah dilaluinya adalah palsu semata-mata.

Zahnita berkata, dakwaan Neysahz yang menyatakan dia memutar belit fakta mengenai masalah dihadapinya adalah satu fitnah yang dilakukan oleh wanita berkenaan.

Katanya, dia agak terkejut dengan kenyataan itu memandangkan kali terakhir mereka berhubung ialah selepas dia menyiapkan penghantaran barangan yang diminta Februari lalu.

Jelasnya dia tidak pernah menceritakan mengenai maklumat sepertimana didakwa Neyshz dan percaya dakwaan-dakwaan yang dibuat individu berkenaan diperolehi daripada pihak yang enggan didedahkannya.

Apa dia cakap adalah fitnah, tunjuk bukti dan dia minta saya saman dia lah, kesianlah kalau saya saman dia, dia sudah ada anak.

“Jadi saya tidak mahu menyerangnya,”katanya ketika ditemui di Kompleks Mahkamah Syariah Kuantan di sini hari ini bagi sebutan semula tiga kes iaitu tuntutan atau permohonan perceraian, permohonan perintah injunksi terhadap gangguan dan tuntutan hadhanah atau hak lawatan serta hak bermalam terhadap anak-anaknya.

Menurut Zahnita dia mengenali Nesahz pada Oktober tahun lalu apabila wanita berkenaan menghubunginya untuk menjadi stokis pai buatannya sebelum dia berbesar hati berkongsi rezeki bersama wanita berkenaan.

Kita tengah memperkembangkan bisnes dan cuba melakukan strategi dan akhirnya Zahni rasa ambil stokis bukan strategi bisnes yang baik, jika sesiapa mahu memulakan bisnes terutama makanan stokis bukan idea yang baik,” katanya.

Terdahulu, Zahnita pada 2 Disember tahun lalu berkongsi foto dalam Instagram memaparkan bahagian mata kirinya dalam keadaan lebam.

Dakwa aktres berkenaan, punca kecederaan tersebut adalah disebabkan dibelasah oleh suami sendiri selain mengatakan Zackery mempunyai hubungan dengan wanita lain.

Susulan itu, pada 4 Disember 2024, Zachery didakwa di Mahkamah Majistret Kuantan atas dua tuduhan mendatangkan kecederaan terhadap isteri dan dadah.

Bagaimanapun Zachery mengaku tidak bersalah atas kedua-dua pertuduhan tersebut.

Tidak tahan menjadi mangsa keganasan rumah tangga, Zahnita kemudiannya nekad memfailkan cerai terhadap suaminya di Mahkamah Rendah Syariah Kuantan, Pahang pada 3 Disember tahun lalu.

Kemudian pada Mac lalu, Zackery memaklumkan pihak mahkamah menggugurkan tuduhan dirinya daripada dakwaan mendera empat orang anaknya selain mendapat hak lawatan dan bermalam.

Zackery mendirikan rumah tangga dengan Zahnita pada 2005. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Zahrafeena, 18, Zasharayna Ghouse, 13, Zahlia Syawwal, 8 dan Abd Zayden Ghouse, 4 tahun. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok