MEMUAT naik hantaran mempromosikan produk nikotin, penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza tampil memohon maaf atas keterlanjurannya.
Siti atau nama lengkapnya Siti Nurhaliza Tarudin, 46, mengakui kekhilafan diri apabila melakukan perkongsian itu tanpa menyelidik dan mengetahui jenis produk yang dipromosikan menerusi Instagramnya baru-baru ini.
Maaf atas kekhilafan saya mengenai produk yang saya masukkan dalam Instagram sebelum ini.
“Saya sedar ini khilaf saya tanpa menyelidik atau mengetahui sepenuhnya mengenai produk tersebut,” katanya dalam hantaran InstaStory.
Pada masa sama, pelantun lagu Sejarah itu berterima kasih atas segala teguran dan sudah memadam hantaran tersebut dalam media sosialnya.
“Terima kasih di atas teguran, pemberitahuan perkara ini kepada saya.
Saya sudah memadam hantaran tersebut, terima kasih sekali lagi atas teguran yang diberikan,” ujarnya lagi.
Sebelum ini, Siti memuat naik hantaran mempromosikan produk nikotin yang dipercayai dijual anak tirinya, Aazief Khalid. – HIBGLAM