SIAPA yang pernah kata Amir Ahnaf muka awam patut tarik balik ejekan mereka kerana dia kini ‘mendunia’ disebabkan kurniaan Tuhan itu.
Bukan hanya di negara ini, tawaran berlakon turut diajukan produksi Indonesia kerana mereka teruja dengan bakat serta wajah jawa Amir.
Lakonan aktor berusia 24 tahun itu boleh diikuti dalam filem berjudul Terkutuk yang ditayangkan pada akhir tahun lalu.
Nah! Sudah rezeki Amir dapat peluang bekerja di bawah arahan sutradara terkenal, Andibachtiar Yusuf dan khabarnya dia juga sudah diintai produksi lain.
Patutlah Amir relaks sahaja apabila wajahnya dijadikan perbandingan dengan aktor lain. Tak mengapa Amir, ramai lagi peminat cuma harap terus membumi walaupun makin popular. Tak gitu?
Diva: Dah kerap tengok pelakon baharu ‘tersungkur’ sebab menyombong.