Tiada pusingan U, Cut Nabila mahu cerai

MESKI sudah memaafkan, pempengaruh Cut Intan Nabila menegaskan tidak akan kembali rujuk dengan Armor Toreador yang didakwa melakukan keganasan rumah tangga dan penderaan terhadap dirinya.

Cut, 23, yang kini dalam proses perceraian, malah sudah memikirkan masa depan dan mahu membina kehidupan lebih baik bersama tiga anaknya iaitu Afkar, Zara dan Zhea.

Tidak mungkin (rujuk). Sudah memaafkan tetapi sepertinya tidak mungkin akan rujuk.

“Saya mahu memulakan hidup baharu yang lebih baik dan positif,” katanya. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok