DULU takut sangat pergi dan lalu kubur, sekarang rasa boleh sahaja tidur di kawasan kubur.”
Demikian luahan pelakon Kilafairy yang mengakui sudah biasa berada di tanah perkuburan selepas ibu tercinta, Allahyarham Rohana Jalil meninggal dunia dua tahun lalu.
Menerusi Threads, Kilafairy atau nama sebenarnya, Syakila Nisa Jahangir Khan, 32, berkongsi sebelum ini tanah perkuburan adalah kawasan paling digeruninya namun kini tidak lagi.
Rata-rata peminat turut berkongsi pandangan sama dengan pelakon Realiti Cinta itu.
“Betul sangat, saya lepas arwah Ayah dan suami dah di situ (kubur) pergi sorang-sorang sahaja sebab dah tahu orang yang kita sayang di sana,” katanya peminat.
Kubur dah jadi satu tempat ‘healing’ buat saya sebab arwah abah dan abang saya ada di situ,” ujar pengikut.
Sebelum ini, Rohana Jalil atau nama sebenarnya Dara Abd Jalil meninggal dunia pada 20 Jun 2023 akibat kebocoran pada usus perut.
Selepas ketiadaan ibu, Kilafairy tidak lagi teruja menyambut Ramadan dan Aidilfitri berikutan sukar melupakan kenangan bersama permaisuri hatinya itu. – HIBGLAM