JYP saran Wendy buka akademi latihan vokal

PENYANYI JYP mencadangkan ahli kumpulan Red Velvet iaitu Wendy untuk membuka akademi latihan vokal.

Perkara tersebut diluahkan selepas JYP atau nama sebenarnya Park Jin-young melihat transformasi drastik seorang peserta pertandingan realiti The Ddanddara, Yoo Woo.

Difahamkan, wanita itu hampir tersingkir dalam pertandingan tersebut tetapi berjaya menjadi peserta terbaik selepas menjalani latihan bersama Wendy atau nama sebenarnya Shon Seung-wan.

Rata-rata peminat menyokong saranan JYP sehingga ada menggelar wanita berusia 30 tahun itu Profesor Wendy. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok