Enggan kahwini Ga-bi, Woo-sung dilabel lelaki durjana

Pelakon Jung Woo-sung menerima kritikan hebat netizen selepas mendedahkan dirinya tidak pernah mencintai model Moon Ga-bi, malah enggan berkahwin dengannya.

Pendedahan berani mati yang dibuat aktor berusia 51 tahun itu menimbulkan pelbagai reaksi netizen yang menyifatkannya lelaki durjana dan tidak sensitif.

“Tindakan Woo-sung tidak sensitif. Dasar jantan durjana. Bayangkan kesannya kepada anak mereka apabila dewasa kelak,” tulis seorang netizen.

“Adakah dia bangga mempunyai anak dengan wanita yang dia tidak cintai? Bagaimana keadaan anak itu bila membesar nanti? Tolong jangan jadi bodoh!” tambah seorang lagi pengguna media sosial. 

Sebelum ini, pelakon filem Scarlet Innocence itu mengakui dia adalah bapa kandung kepada anak Ga Bi dan sudah mengadakan perbincangan dengan wanita berkenaan berhubung perkara tersebut.

Untuk rekod, hubungan Woo-sung dan Ga-bi bermula sekitar 2022, namun mereka tidak pernah menjalin hubungan secara rasmi.

 

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok