28
TERPAKSA melakonkan babak sedang mandi, pelakon Gong Yoo meluahkan rasa kurang keyakinan apabila beraksi dalam drama terbaharunya berjudul The Trunk.
Disebabkan adegan tersebut, dia terpaksa mengamalkan diet selama dua minggu bagi mendapatkan tubuh badan menawan.
Dalam masa sama, pelakon drama Goblin itu turut mengakui lebih bimbang melakonkan babak mandi berbanding menjayakan aksi ranjang bersama gandingannya, Seo Hyun-jin.
“Oleh kerana badan saya tidak berotot saya terpaksa bekerja keras dalam masa singkat.
“Saya terpaksa berdiet selama dua minggu hanya untuk merealisasikan babak tersebut.
“Namun, saya lebih bimbang untuk melakonkan aksi mandi berbanding babak ranjang,” katanya kepada media Korea. – HIBGLAM