Lisa Blackpink bawa pengaruh buruk?

PULUHAN ribu menghadiri perjumpaan peminat Lisa Blackpink di tanah airnya, Thailand baru-baru ini.

Namun, apa yang menjadi tumpuan adalah pakaian peminat yang kebanyakan diinspirasikan daripada gaya pemilik nama lengkap Lalisa Manoban sehingga dia didakwa membawa pengaruh buruk.

Meskipun kagum melihat kesungguhan peminat, ada sesetengah pihak menganggap artis terbabit mendorong wanita berpakaian mencolok mata.

Lebih teruk, ramai risau peminat bawah umur terikut-ikut menggayakan pakaian seksi  seperti pelantun lagu Moonlit Floor itu. – HINGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok