Berhijab di Tanah Arab, Yuri dipuji

ANGGOTA kumpulan Girls’ Generation, Yuri mencuri perhatian ramai apabila tampil sopan dan menutup aurat semasa berada di sebuah negara Asia Barat.

Menerusi beberapa foto yang dimuat naik dalam Instagram, idola berusia 34 tahun itu kelihatan anggun mengenakan hijab dan pakaian sopan ketika menghadiri sebuah pameran jenama Korea di Arab Saudi.

“Saya berasa gembira kerana diberi penghormatan memperkenalkan produk-produk syarikat kecil dan sederhana Korea kepada masyarakat Arab Saudi,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Penampilan wanita jelita itu menonjolkan sisi lain dirinya yang jarang dilihat peminat sehingga membuatkan ramai tersentuh dan teruja dengan perubahan sementara tersebut.

“Ini baru betul idola, pandai bawa diri di tempat orang, belajar dan hormat budaya lain. Cantik sangat Yuri pakai hijab, terus naik seri,” komen seorang netizen. 

“Terkesima melihat kejelitaan Yuri memakai hijab walaupun sementara, pandai dia menghargai budaya orang luar,” tulis peminatnya. – HIBGLAM 

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok