Bertatu hak peribadi – Nana

SEBELUM ini anggota kumpulan After School, Nana mengejutkan orang ramai apabila tampil dengan tubuh penuh tatu, terkini namanya kembali meledak selepas memilih untuk menghapus semua tatunya. 

Menerusi video pendek yang dimuat naik dalam media sosial, idola berusia 33 tahun itu memulakan proses penghapusan tatu di telapak kakinya kemudian di punggung dan bahagian lengan serta kaki.

Walaupun proses itu kelihatan cukup menyakitkan, selebriti jelita itu kelihatan tenang tanpa menunjukkan riak sakit. 

Tidak memperincikan alasan mengapa semua tatu dihapuskan, penyanyi tinggi lampai itu menegaskan apa jua yang dilakukan dalam hidupnya adalah bersifat peribadi dan tidak perlu dimaklumkan kepada orang ramai. 

 “Tatu adalah pilihan peribadi, saya tidak tahu bila akan membuangnya dan mengapa saya membuatnya. 

“Itu semua kehendak peribadi dan apa sahaja alasan untuk berbuat demikian tidak perlu saya nyatakan kepada khalayak,” katanya.= HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok