63
GARA-GARA kontroversi skandal membabitkan penyanyi Min-hwan, semua anggota kumpulan F. T Island dikecam peminat.
Vokalis kumpulan itu, Lee Hong-ki meluahkan rasa kesal dan kecewa apabila individu tidak bersalah diheret sama dalam kontroversi tersebut.
Hong-ki menyifatkan tindakan peminat memulau ahli kumpulannya sebagai tidak adil kerana mereka tidak melakukan kesilapan.
Tidak hanya dipulaukan, kebanyakan aktiviti membabitkan kumpulan terbabit dibatalkan bagi meredakan kemarahan peminat. – HIBGLAM