98
GARA-GARA mempertahankan Choi Min-hwan daripada tuduhan terlibat aktiviti pelacuran, penyanyi Lee Hong-ki dikecam netizen kerana terlalu lantang sehingga sanggup memarahi peminat.
Bagi Hong-ki, netizen tiada hak untuk menyalahkan rakannya sehingga benar-benar didapati bersalah.
Bagaimana jika dia tidak membayar untuk seks? Bagaimana jika perniagaan tersebut bukan dibuat di rumah pelacuran?
“Adakah awak sanggup bertanggungjawab atas apa yang awak katakan?” tegasnya.
Bagaimanapun, peminat meminta vokalis FT Island itu mengakui perkara diperkatakan bukan lagi tuduhan memandangkan bekas isteri Min-hwan, Yulhee sudah mendedahkan bukti. – HIBGLAM