Perceraian tak semestinya bawa bencana, ada beri kebahagiaan – Rosyam Nor

KETIKA industri hiburan kecoh dengan kisah cerai-berai, pelakon popular Datuk Rosyam Nor menegaskan perceraian bukan satu perkara yang diminta oleh mana mana-pasangan suami isteri sebaliknya adalah ujian yang sudah ditetapkan oleh Allah SWT.

Rosyam atau nama penuhnya Mohamed Noor Shamsuddin, 57, berkata, setiap perceraian itu tidak semestinya bawa duka sebaliknya mampu memberi rasa bahagia kepada yang melaluinya.

Bagi saya sesetengah perceraian tidak semestinya memberi bencana tetapi ada juga yang membawa kepada kebahagiaan.

“Sebab bercerai ini bukan urusan kita. Ini urusan Tuhan dan siapa kita nak cakap dan tentukan mengenai perkara ini,” katanya kepada HibGlam di lokasi penggambaran Susuk Bidadari, semalam.

Tambah Rosyam, setiap perceraian yang berlaku ketika ini boleh dianggap sebagai dugaan dan dijadikan iktibar buat pihak lain.

Dalam masa sama, dia juga mengakui diselubungi perasaan takut apabila berbicara tentang perceraian kerana khuatir perkara tersebut berlaku kepada dirinya.

“Ketika ini, Tuhan nak duga seluruh Malaysia dengan kisah artis bercerai. Jodoh pertemuan kita semua adalah ketentuan Tuhan.

Saya pun takut sekiranya usia sebegini diuji. Saya dan isteri sudah berkahwin selama 38 tahun bina rumah tangga. Bahkan kami dah ada cucu,” jelasnya.

Sekadar info, Rosyam dan isteri, Datin Runika Mohd Yusof mendirikan rumah tangga pada 1989. Saya pun takut – Rosyam Nor

Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan lima anak perempuan.

Mutakhir ini, beberapa pasangan selebriti mengumumkan berita perceraian mereka dalam media sosial.

Terbaharu, penyanyi Kaka Azraff didakwa sudah sah bercerai dengan suaminya iaitu Adam Azriff di Mahkamah Rendah Syariah, Shah Alam, semalam.

Diikuti pula aktres Diana Danielle yang menyuarakan bakal bercerai buat kali kedua dengan suaminya, Farid Kamil. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok