87
KETIKA kebanyakan masyarakat Korea Selatan kurang menggemari ketumbar namun itu sebaliknya buat anggota kumpulan Blackpink, Rose yang begitu obses dengan sayuran tersebut.
Idola berusia 27 tahun itu mengakui bahawa makanannya terasa tidak lengkap tanpa ada daun ketumbar yang disifatkan sebagai bahan wajib di setiap hidangan.
Rentetan itu, pelantun lagu Gone itu turut menyimpan impian besar untuk mengusahakan kebun ketumbar sendiri selepas bersara dari dunia nyanyian.
Impian saya selepas bersara adalah menanam pokok ketumbar. Saya begitu taasub dengan sayuran ini dan rasa tak lengkap kalau tiada dalam makanan.
“Jadi, apa salahnya jika suatu hari nanti saya komersialkan ketumbar?,” katanya menerusi satu rancangan temu bual.